Wednesday, 2 July 2014

Apa yang Tengku Adnan maksudkan dengan saman pengemis dan gelandangan?

Sehari dua ini kecoh dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan yang mahu mengambil tindakan menyaman pemberi sedekah dan pengemis jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Penulis bersikap professional dalam isu kebersihan yang kunan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.


Dalam soal ini, penulis melihat menyaman pemberi sedekah bukanlah jalan yang terbaik, tetapi ia sebagai satu tindakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya bersama-sama membanteras masalah ini. Isu pengemis ini juga bukanlah asing dalam kalangan masyarakat Kuala Lumpur. Semua sedar bahawa majoriti pengemis bukanlah daripada lokaliti masyarakat kita, dan jika ada sekalipun jumlah nya amatlah sedikit. Kalau ingat lagi dulu, ada laporan di akhbar yang mengatakan pengemis hidup mewah dan lebih menyedihkan mereka bukanlah orang Malaysia.

Kebanyakkannya orang asing dan ada yang bukan Islam, hanya dengan memakai kopiah dan tudung kemudian berjalan disekitar Ibukota mampu mendapat hasil yang begitu lumayan. Ketika itu, ramai yang marah dengan kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan membanteras perkara ini. Laporan juga ada mengatakan bahawa pengemis ini sebenarnya didalangi oleh sebuah sindiket yang terancang seperti menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah tetapi pihak lain yang mengaut untung. Sekarang bila ada tindakan yang mahu diambil, banyak pulak lalat-lalat menghurung.

Penulis selak dua tiga blog setakat ini cuma Malaysiakini sahaja yang sengaja mempermainkan sentimen bodoh supaya segelintir masyarakat berfikir bahawa keputusan untuk menyaman pemberi sedekah seperti satu perlakuan yang sangat hina ditambah dalam suasana umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Rata-rata yang komen pun cuma keyboard warriors yang hanya tahu mengeji dan hina bukannya mencari solusi atau memberi jalan penyelesaian yang lebih baik. Sepatutnya sebagai sebuah portal berita mereka perlu lebih bersikap facts dan bukannya memberi gambaran yang negatif, yelah portal haluan kiri kan.

Berbalik kepada isu ini, penulis merasakan tindakan ini sangat perlu diambil dan jika tidak sekarang kita juga tidak tahu bila masanya. Mungkin ada yang bercakap tindakan memberi bukanlah satu kesalahan jenayah sehingga mahu dihukum dengan saman, tetapi jika kita lihat semula perkara ini tidak akan terjadi jika tiada yang memberi. Kaedah bagaimana tindakan kepada pemberi dan penerima itu belum diputuskan lagi, jadi apa masalahnya? Bolehkan kita tunggu bukannya membuat spekulasi sendiri.



Logiknya kata Tengku Adnan perkara ini mencacatkan pemandangan ibukota ada betulnya, "stop all this, kalau tidak it won't dekat Mekah dah tak ada dah, dekat Madinah dah tak ada macam tu, tapi dekat Kuala Lumpur pulak jadi macam tu. kalau mereka ada lebih duit hantar la kepada agensi atau tempat yang betul yang boleh agihkan seperti Baitulmal atau JKM". Ini yang sebenarnya dimaksudkan bukan mahu beriya-riya menahan orang memberi sedekah dan kita tahu Islam juga sangat menggalakkan pemberian sedekah kepada golongan yang memerlukan tapi biarlah di tempat yang betul.

Melihat kepada laporan blog Mazidul yang membuat pemantauan di Kuala Lumpur membuktikan perkara ini tidak lagi boleh dipandang enteng. Masalah pengemis dan GELANDANGAN yang bukan rakyat kita memang sangat serius dan perlu ada tindakan tegas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Boleh klik SINI

Bila bercakap mengenai gelandangan, umum mengetahui golongan ini ada juga yang terlibat dengan masalah pengaruh dadah dan ada yang kadang tu mati di bawah jambatan. Homeless seperti mereka ini kita tahu bukannya semua terlibat dengan gejala dadah, tapi seperti yang dilaporkan oleh Mazidul, mereka ini segelintir itu tidur di kawasan tumpuan pelancongan dan ramai juga dari warga asing.

Melihat respon Menteri dalam perkara ini, penulis melihat Tengku Adnan tidak langsung mempersoalkan keprihatinan NGO yang memberi makanan kepada mereka ini sebagai satu perkara yang salah, cuma beliau menegaskan bahawa bagi menjaga kebersihan kawasan tumpuan pelancong ini dan mengelakkan kecacatan pemandangan di Ibukota ianya haruslah jauh dari pusat bandar sekurang-kurangnya 2KM radius dari Lot10 dan Bukit Bintang adalah kawasan bebas gelandangan bagi mengelakkan kawasan tersebut kotor. Melalui laporan mesyuarat baru-baru ini, DBKL dan JKM menyebut ops pembersihan kerap dilakukan dan kawasan panas ini kembali kotor kerana masalah gelandangan. Bab ini mungkin penulis merasakan JKM dan DBKL perlu keluarkan laporan tersebut kepada umum supaya semua ketahui perkara sebenar bukannya masalah Menteri yang membuat keputusan sesuka hati.

Jika ada yang menyebut ruang dan tempat tidak diberikan kepada mereka, mungkin ada yang tidak tahu JKM menyediakan tempat untuk golongan pengemis tetapi mereka lebih gemar merintih di kaki lima dan meminta sedekah. SALAH jika ada yang mengatakan JKM tidak serius untuk menangani perkara ini, sudah banyak operasi dilakukan sehinggakan ada pengemis yang merayu-rayu mahu dilepaskan dan tidak mahu ditempatkan di rumah yang JKM sediakan. Soal gelandangan di bawah Kemterian Pembangunan Wanita dan Masyarakat juga disediakan anjung kasih untuk penempatan mereka.

Boleh lihat info SINI  &  SINI 

Untuk makluman juga kebersihan ini juga sebagai salah satu taskforce Kementeri Wilayah Persekutuan yang mana laporan ini dipantau secara terus oleh Menteri Wilayah Persekutuan sendiri. Maklumat lanjut boleh lihat di SINI

Penulis fikirkan, pembangkang sememangnya suka mencari kesalahan apa sahaja usaha kerajaan sedangkan perkara tersebut perlukan tindakan dan mereka hanya mahukan kelebihan kerana bermotifkan POLITIK. PAS hanya menangguk di air yang keruh bila kerajaan berusaha melakukan penambahbaikan. Sangat memalukan komen yang diberikan oleh Pemuda PAS WP ini yang menyifatkan Menteri WP bercanggah dengan seruan Islam untuk bersedekah. Ketua pergerakan itu, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata kenyataan Menteri menunjukkan Tengku Adnan gagal memahami isu tersebut.

REALITINYA MEREKA YANG GAGAL MEMAHAMI APA YANG KERAJAAN SEDANG LAKUKAN.