Wednesday, 11 June 2014

GEMPAR! Budak Darjah 6 Ditangkap Dalam Keadaan Berbogel Bersama Pasangan!

Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu. 

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan. 




Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. 

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis. -informasi.my

BUKTI GEMPAR!! Gambar CINA DAP Beri Rasuah Pada Melayu!

Kisah benar ni admin dapat daripada facebook saudara Aripin Alif yang berkongsi tentang pengalaman beliau ketika disaman oleh seorang pegawai polis trafik bukit aman.

Nak dijadikan cerita, ketika beliau disaman, pegawai polis trafik tersebut sedang bertelagah dengan seorang cina DAP yang mahu memberi rasuah kepada pegawai terbabit. Tetapi pegawai tersebut menolak dan mengoyakkan duit yang diberikan cina DAP itu.

Menurut dialog yang dikongsikan di FB Aripin Alif, beliau diminta untuk mengambil gambar situasi tersebut dan berjanji untuk dimuat turun di laman sosial fb supaya dapat dikongsikan kepada orang lain tentang kebiadapan cina DAP ini yang sewenang wenangnya mahu membeli maruah orang melayu dengan wang ringgit.

Berikut screenshot yang admin ambil dari facebook Aripin Alif. Jom kita sebarkan agar semua orang tahu Maruah Orang Melayu Bukan Bernilai 30 ringgit.



#CelakaDAP #MaruahMelayu

Makan benang kelambu Kaabah dapat lebih berkat

Makkah: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam berkata, kerana kecetekan ilmu agama dan salah tanggapan, beberapa jemaah umrah menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah).

Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.

“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.

Menurut Bajoudah, sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan karut.

Foto


KELAMBU Kaabah

“Mereka cetek ilmu. Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat.

“Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak.

“Saya berdoa kepada Allah SWT supaya menyedarkan kebodohan mereka,” katanya. Bajoudah bagaimanapun berkata, ada jabatan di kilangnya yang ditugaskan untuk membaiki bahagian kelambu yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu,” katanya. - Agensi