Wednesday, 2 July 2014

Apa yang Tengku Adnan maksudkan dengan saman pengemis dan gelandangan?

Sehari dua ini kecoh dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan yang mahu mengambil tindakan menyaman pemberi sedekah dan pengemis jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Penulis bersikap professional dalam isu kebersihan yang kunan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.


Dalam soal ini, penulis melihat menyaman pemberi sedekah bukanlah jalan yang terbaik, tetapi ia sebagai satu tindakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya bersama-sama membanteras masalah ini. Isu pengemis ini juga bukanlah asing dalam kalangan masyarakat Kuala Lumpur. Semua sedar bahawa majoriti pengemis bukanlah daripada lokaliti masyarakat kita, dan jika ada sekalipun jumlah nya amatlah sedikit. Kalau ingat lagi dulu, ada laporan di akhbar yang mengatakan pengemis hidup mewah dan lebih menyedihkan mereka bukanlah orang Malaysia.

Kebanyakkannya orang asing dan ada yang bukan Islam, hanya dengan memakai kopiah dan tudung kemudian berjalan disekitar Ibukota mampu mendapat hasil yang begitu lumayan. Ketika itu, ramai yang marah dengan kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan membanteras perkara ini. Laporan juga ada mengatakan bahawa pengemis ini sebenarnya didalangi oleh sebuah sindiket yang terancang seperti menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah tetapi pihak lain yang mengaut untung. Sekarang bila ada tindakan yang mahu diambil, banyak pulak lalat-lalat menghurung.

Penulis selak dua tiga blog setakat ini cuma Malaysiakini sahaja yang sengaja mempermainkan sentimen bodoh supaya segelintir masyarakat berfikir bahawa keputusan untuk menyaman pemberi sedekah seperti satu perlakuan yang sangat hina ditambah dalam suasana umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Rata-rata yang komen pun cuma keyboard warriors yang hanya tahu mengeji dan hina bukannya mencari solusi atau memberi jalan penyelesaian yang lebih baik. Sepatutnya sebagai sebuah portal berita mereka perlu lebih bersikap facts dan bukannya memberi gambaran yang negatif, yelah portal haluan kiri kan.

Berbalik kepada isu ini, penulis merasakan tindakan ini sangat perlu diambil dan jika tidak sekarang kita juga tidak tahu bila masanya. Mungkin ada yang bercakap tindakan memberi bukanlah satu kesalahan jenayah sehingga mahu dihukum dengan saman, tetapi jika kita lihat semula perkara ini tidak akan terjadi jika tiada yang memberi. Kaedah bagaimana tindakan kepada pemberi dan penerima itu belum diputuskan lagi, jadi apa masalahnya? Bolehkan kita tunggu bukannya membuat spekulasi sendiri.



Logiknya kata Tengku Adnan perkara ini mencacatkan pemandangan ibukota ada betulnya, "stop all this, kalau tidak it won't dekat Mekah dah tak ada dah, dekat Madinah dah tak ada macam tu, tapi dekat Kuala Lumpur pulak jadi macam tu. kalau mereka ada lebih duit hantar la kepada agensi atau tempat yang betul yang boleh agihkan seperti Baitulmal atau JKM". Ini yang sebenarnya dimaksudkan bukan mahu beriya-riya menahan orang memberi sedekah dan kita tahu Islam juga sangat menggalakkan pemberian sedekah kepada golongan yang memerlukan tapi biarlah di tempat yang betul.

Melihat kepada laporan blog Mazidul yang membuat pemantauan di Kuala Lumpur membuktikan perkara ini tidak lagi boleh dipandang enteng. Masalah pengemis dan GELANDANGAN yang bukan rakyat kita memang sangat serius dan perlu ada tindakan tegas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Boleh klik SINI

Bila bercakap mengenai gelandangan, umum mengetahui golongan ini ada juga yang terlibat dengan masalah pengaruh dadah dan ada yang kadang tu mati di bawah jambatan. Homeless seperti mereka ini kita tahu bukannya semua terlibat dengan gejala dadah, tapi seperti yang dilaporkan oleh Mazidul, mereka ini segelintir itu tidur di kawasan tumpuan pelancongan dan ramai juga dari warga asing.

Melihat respon Menteri dalam perkara ini, penulis melihat Tengku Adnan tidak langsung mempersoalkan keprihatinan NGO yang memberi makanan kepada mereka ini sebagai satu perkara yang salah, cuma beliau menegaskan bahawa bagi menjaga kebersihan kawasan tumpuan pelancong ini dan mengelakkan kecacatan pemandangan di Ibukota ianya haruslah jauh dari pusat bandar sekurang-kurangnya 2KM radius dari Lot10 dan Bukit Bintang adalah kawasan bebas gelandangan bagi mengelakkan kawasan tersebut kotor. Melalui laporan mesyuarat baru-baru ini, DBKL dan JKM menyebut ops pembersihan kerap dilakukan dan kawasan panas ini kembali kotor kerana masalah gelandangan. Bab ini mungkin penulis merasakan JKM dan DBKL perlu keluarkan laporan tersebut kepada umum supaya semua ketahui perkara sebenar bukannya masalah Menteri yang membuat keputusan sesuka hati.

Jika ada yang menyebut ruang dan tempat tidak diberikan kepada mereka, mungkin ada yang tidak tahu JKM menyediakan tempat untuk golongan pengemis tetapi mereka lebih gemar merintih di kaki lima dan meminta sedekah. SALAH jika ada yang mengatakan JKM tidak serius untuk menangani perkara ini, sudah banyak operasi dilakukan sehinggakan ada pengemis yang merayu-rayu mahu dilepaskan dan tidak mahu ditempatkan di rumah yang JKM sediakan. Soal gelandangan di bawah Kemterian Pembangunan Wanita dan Masyarakat juga disediakan anjung kasih untuk penempatan mereka.

Boleh lihat info SINI  &  SINI 

Untuk makluman juga kebersihan ini juga sebagai salah satu taskforce Kementeri Wilayah Persekutuan yang mana laporan ini dipantau secara terus oleh Menteri Wilayah Persekutuan sendiri. Maklumat lanjut boleh lihat di SINI

Penulis fikirkan, pembangkang sememangnya suka mencari kesalahan apa sahaja usaha kerajaan sedangkan perkara tersebut perlukan tindakan dan mereka hanya mahukan kelebihan kerana bermotifkan POLITIK. PAS hanya menangguk di air yang keruh bila kerajaan berusaha melakukan penambahbaikan. Sangat memalukan komen yang diberikan oleh Pemuda PAS WP ini yang menyifatkan Menteri WP bercanggah dengan seruan Islam untuk bersedekah. Ketua pergerakan itu, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata kenyataan Menteri menunjukkan Tengku Adnan gagal memahami isu tersebut.

REALITINYA MEREKA YANG GAGAL MEMAHAMI APA YANG KERAJAAN SEDANG LAKUKAN.


Wednesday, 11 June 2014

GEMPAR! Budak Darjah 6 Ditangkap Dalam Keadaan Berbogel Bersama Pasangan!

Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu. 

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan. 




Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. 

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis. -informasi.my

BUKTI GEMPAR!! Gambar CINA DAP Beri Rasuah Pada Melayu!

Kisah benar ni admin dapat daripada facebook saudara Aripin Alif yang berkongsi tentang pengalaman beliau ketika disaman oleh seorang pegawai polis trafik bukit aman.

Nak dijadikan cerita, ketika beliau disaman, pegawai polis trafik tersebut sedang bertelagah dengan seorang cina DAP yang mahu memberi rasuah kepada pegawai terbabit. Tetapi pegawai tersebut menolak dan mengoyakkan duit yang diberikan cina DAP itu.

Menurut dialog yang dikongsikan di FB Aripin Alif, beliau diminta untuk mengambil gambar situasi tersebut dan berjanji untuk dimuat turun di laman sosial fb supaya dapat dikongsikan kepada orang lain tentang kebiadapan cina DAP ini yang sewenang wenangnya mahu membeli maruah orang melayu dengan wang ringgit.

Berikut screenshot yang admin ambil dari facebook Aripin Alif. Jom kita sebarkan agar semua orang tahu Maruah Orang Melayu Bukan Bernilai 30 ringgit.



#CelakaDAP #MaruahMelayu

Makan benang kelambu Kaabah dapat lebih berkat

Makkah: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam berkata, kerana kecetekan ilmu agama dan salah tanggapan, beberapa jemaah umrah menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah).

Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.

“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.

Menurut Bajoudah, sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan karut.

Foto


KELAMBU Kaabah

“Mereka cetek ilmu. Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat.

“Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak.

“Saya berdoa kepada Allah SWT supaya menyedarkan kebodohan mereka,” katanya. Bajoudah bagaimanapun berkata, ada jabatan di kilangnya yang ditugaskan untuk membaiki bahagian kelambu yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu,” katanya. - Agensi

Wednesday, 14 May 2014

Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri

Mesej ini BTMW dapat dari rakan whatsapp, tetapi inilah cerita sebenar. Abang mad sepatutnya berlaku adil. 

Boleh suruh Ahmad Said bersumpah dihadapan Al Quran jika beliau tidak pernah membuat aku janji untuk meletakkan jawatan pada tanggal 12 Mei 2014.

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahmad Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkahwinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri Besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan YB Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Seri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar.  Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.