Monday, 7 October 2013

Hasrat Seorang GURU Berkhidmat Untuk Anak Bangsa


Rahimi Abdul Karim mungkin dianggap sebagai muka baru di dalam arena politik tanah air. Namun hakikatnya beliau bukanlah asing di dalam gerakerja politik Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan di peringkat Pemuda UMNO dan BN pusat.

Beliau yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Subang Jaya Utama menawarkan diri untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan Exco Pemuda
UMNO Malaysia berhasrat untuk membawa suara akar umbi ke peringkat nasional dengan motto
“dari akar umbi untuk akar umbi".

Rahimi Abdul Karim, 32, yang kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Cheras merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Eletrik dari Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang bukanlah
baru di dalam era politik tanah air. Beliau yang bergerak secara aktif di akar umbi melalu pergerakan
pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya juga turut melibatkan diri di dalam beberapa program pemuda
UMNO dan BN di peringkat pusat.

Keputusan untuk bertanding di peringkat pusat diambil setelah menerima pandangan dan sokongan
daripada pelbagai pihak terutamanya daripada ‘orang lama’ UMNO dan rakan-rakan Pemuda di
peringkat bahagian dan pusat. Sambutan yang menggalakkan terhadap idea beliau mengenai agenda
pendidikan Melayu dan miskin bandar selain membawa suara akar umbi Pemuda ke pusat
mengukuhkan lagi hasrat beliau untuk menawarkan diri sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia.

Berlatar belakangkan seorang pendidik, beliau melihat perjuangan pembangunan pendidikan anak
bangsa Melayu terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan dan diberikan
lebih perhatian. Terdapat sesetengah anggapan bahawa pelajar melayu yang berada di bandar
mempunyai akses pendidikan yang lebih baik, namun begitu kemiskinan di bandar juga wujud dan
pelajar melayu tidak terkecuali berada dalam kelompok tersebut.

“Sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah yang berada di bandar, saya melihat sendiri ada
pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kemudahan asas seperti pakaian, alat tulis dan
kemudahan pengangkutan untuk ke sekolah. Mereka juga tidak mampu untuk mendapatkan kelas
tambahan seperti pelajar lain malah ada yang terpaksa bekerja sambilan selepas sekolah bagi
membantu keluarga”.

Pendidikan menurut beliau lagi merupakan asas paling penting di dalam pembangunan bangsa
Melayu terutamanya dari segi ekonomi. “Pendidikan sebenarnya merupakan perkara yang paling
asas di dalam pembangunan sosio ekonomi bangsa Melayu. Tanpa ilmu, agenda transformasi
ekonomi Melayu tidak akan dapat dicapai”.

 “Insyaallah dengan berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik dan gerakkerja Pemuda
UMNO sejak di peringkat akar umbi, saya akan membawa agenda perjuangan pendidikan Melayu
dan miskin bandar sebagai salah satu teras di dalam transformasi pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia selain membuka ruang seluas-luasnya kepada akar umbi untuk mendengar denyut nadi
mereka”.

Thursday, 3 October 2013

Sebagai Bukti Ketelusan, Jabatan Audit Negara Juga Bakal Diaudit?


AGAK sukar penulis nak menerima penjelasan bahawa isu senjata serta peralatan lain yang hilang bernilai RM 1.3 juta dan bayaran artis K-Pop dalam Festival Belia tahun lepas, seperti dinyatakan dalam audit 2012 oleh Jabatan Audit Negara ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) semalam,menjadi sensasi kerana peranan media.

Bukan kerana ’setup’ pihak tertentu dalam Jabatan Audit supaya ia menjadi begitu.


Maklum sajalah, kebelakangan ini pihak polis menjadi sasaran pembangkang akibat kejayaan pasukan tersebut menumpaskan banyak kumpulan kongsi gelap, termasuk menembak mati anggota kumpulan haram terbabit dlaam Ops Cantas Khas.


Malah, polis dikecam lebih teruk apabila Ops Cantas dilancarkan berbanding ketika lebih 30 kematian akibat pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap berlaku sejak April lepas.


Pendek kata disitu, takkanlah tengah-tengah polis menjadi kecaman pembangkang, tiba-tiba laporan audit mengenai kehilangan senjata ini menjadi antara yang pertama sekali di highlightkan oleh Ketua Audit Negara di parlimen?


Sementara KBS pula tak pasal-pasal dituduh penipu kerana Menteri sebelumnya, Datuk Seri Shabery Chik pernah mengeluarkan kenyataan menafikan wang kerajaan digunakan untuk membayar kedatangan kumpulan tersebut. Walhal wang itu memang sumbangan pihak swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk tujuan tersebut.


Itulah yang nak disebutkan hari ini tentang kebarangkalian ‘peranan’ dimainkan Jabatan Audit sehingga menyebabkan polis, Kementerian Belia & Sukan (KBS) menjadi mangsa persepsi buruk masyarakat kerana ’keculasan’ Jabatan Audit membuat pendedahan ‘mengikut buku’.


Walhal tahu dah berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, orang tak begitu peduli tentang penjelasan yang dibuat kemudian oleh Kementerian berkaitan, yang penting apa tertulis dalam laporan Ketua Audit Negara saja.


Menjadi tanda tanya, entah kenapa Jabatan Audit tidak mengendahkan jawapan balas yang dihantar Kementerian Dalam Negeri berhubung kehilangan senjata dan peralatan lain yang berlaku dalam PDRM. Mungkinlah jawapan balas itu tidak sempat dimasukkan dalam laporan audit Ketua Audit Negara, tapi sekurang-kurangnya untuk versi yang diedarkan kepada ahli parlimen ini, letaklah footnote atau yang seumpamanya untuk menyatakan jawapan telah dibuat.


Apa susah sangat ke? Samalah kes dengan KBS, kenapa dicicirkan maklumat bahawa wang itu datang dari sumbangan swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk dibayar kepada syarikat yang menguruskan kedatangan kumpulan K-Pop tersebut? Adakah memang prosedurnya begitu atau ada niat lain yang tersembunyi? ~MyKMU

Wasatiyyah dalam UMNO: Fathul Bari Selangkah ke EXCO



UMNO perlu memberi pengiktirafan dan platform seluas-luasnya kepada golongan agama untuk bersuara lebih lantang membabitkan isu-isu Islam tanpa terikat dengan kepentingan politik.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, ruangan tersebut tidak semestinya diterjemahkan melalui penubuhan sebuah majlis atau sayap berlainan tetapi hanya perlu memperkasakan biro agama sedia ada dengan menambah baik struktur, suara dan gerakan agar dapat dirasai kewujudannya oleh rakyat.

Beliau yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco Pemuda pada pemilihan parti kali ini berkata, UMNO perlu merealisasikan secara serius usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti dengan tidak bersikap apologetik sebaliknya menjuarai isu-isu Islam supaya pihak lain tidak mengambil kesempatan untuk menuduh parti itu menolak Islam.

"Kita mahu melihat golongan agama dalam UMNO dapat berperanan lebih luas dengan memberikan pandangan mereka dalam konteks nasional dan antarabangsa supaya suara orang agama dalam parti ini bukan berbentuk individu tetapi berpendirian mewakili parti keseluruhannya.

"Pada masa sama platform tersebut harus bebas dengan keterikatan politik yang meletakkan agama lebih tinggi tidak hanya sekadar mampu membaca doa di majlis-majlis penganjurannya supaya pengiktirafan itu dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejarah UMNO membuktikan parti itu pernah melahirkan beberapa tokoh agama antaranya Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, walaupun pelbagai usaha memartabatkan Islam telah dilaksanakan UMNO, tetapi persepsi negatif yang wujud di minda rakyat adalah sebaliknya.

Oleh itu, jelas beliau, dengan penyertaan lebih ramai golongan agama dalam UMNO kali ini mampu membuktikan parti telah melakukan proses transformasi dan pemerkasaan Islam selain telah menubuhkan Institut Wasatiyyah serta institusi-institusi Islam sedia ada yang telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Rakyat tidak sewajarnya hanya melihat kepada kekurangan tertentu tetapi perlu ingat kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menggerakkan Islam dari semasa ke semasa sejak awal penubuhan negara," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia.

Wednesday, 2 October 2013

Calon No 12: Realiti Sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia atau Fantasi Semata-mata?



Bila sekilas pandang mungkin tak ramai yang mengenali saudara Ahmad Faisal bin Abdul Karim sehingga beliau mengumumkan untuk bertanding sebagai salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kekuatan yang beliau perolehi di peringkat bahagian setelah memenangi kerusi no 1 sayap Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya tanpa sebarang pertandingan membuktikan kekuatan yang beliau ada di peringkat akar umbi. Perjuangan asas menegakkan prinsip dan maruah parti keramat UMNO sentiasa di dokong oleh Tom yang mana menjadi senjata kuat sehingga membawa kejayaan cemerlang beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya. Artikel yang BTMW keluarkan, boleh klik sini Putrajaya Dapat Ketua Pemuda Baru

Putrajaya yang penah mencipta fenomena dalam sejarah Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini apabila 4 orang exco dipilih dalam saf kepimpinan Exco Pemuda UMNO Malaysia iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid, Tun Faisal Ismail Aziz, Hishamuddin Yahya (Yeop) dan Datuk Khairun Aseh hari ini diteruskan oleh Tom.

Jika kita singkap latar belakang Tom bukanlah seorang yang 'berada' atau daripada golongan elit. Beliau dilahirkan di Taiping Perak dan kini bekerja di salah sebuah Syarikat Bumiputera yang berjaya M K Land Holding Berhad. Pada awal pembabitan beliau dalam arena politik adalah ketika UMNO Putrajaya masih lagi menyusu dan selepas 2008, Tom telah dilantik sebagai P/SU Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan berkhidmat sehingga kini.

Hasil titik tolak daripada itu, nama Tom tidak asing lagi dibibir ahli-ahli UMNO baik diperingkat sayap dan bahagian. Bahkan dikalangan warga Putrajaya juga tidak pelik jika BTMW katakan terkenal. Watak beliau yang sangat mudah didekati dan senang dibawa berbincang menjadikan beliau sangat disenangi. Walaupun berbeza pangkat dan umur, tetapi tidak sedikit pun menjadi penghalang kepada beliau untuk mendekati golongan muda di Putrajaya dan bertukar pandangan. 

Dek kerana sikap rendah diri dan 'easy going' nya beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Kelab Belia Komuniti Putrajaya (KBKP) sejak 2010 sehingga sekarang. Kejayaan yang dicapai KBKP dibawah pimpinan Tom telah mengukir sejarahnya yang tersendiri. Banyak aktiviti pembangunan dan komuniti melibatkan anak muda berjaya dijalankan di Putrajaya. Lahir sebuah Bazaar Laman Perdana atas kerjasama Perbadanan Putrajaya yang memberi ruang kepada belia di Putrajaya untuk berjinak dalam bidang usahawan kecil selain pembangunan sukan yang tidak henti-henti dilaksanakan untuk belia di Putrajaya.

Selain itu, Tom turut tersenarai dalam 10 Top Exco yang menjadi topik perbincangan oleh sebuah blog yang dikenali sebagai 1Peluru.com. Boleh lihat di sini Hot Top10 EXCO Pemuda UMNO Malaysia

BTMW yakin jika perwakilan yang akan memilih pada 12hb ini memberi ruang dan peluang kepada Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim atau Tom dilantik sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pastinya ia akan menjadi titik tolak kepada kematangan parti UMNO dalam memacu sebuah negara bangsa yang berjaya. Fundamentals Issues  yang menjadi bekalan Tom untuk menegakkan Alif Ba Ta In Shaa Allah beroleh kejayaan cemerlang.

BTMW merayu kepada semua perwakilan agar memilih calon yang benar-benar mampu membawa suara akar umbi, dalam usaha kita mempertahankan negara tercinta ini daripada anasir jahat dan menjaga harta peninggalan nenek moyang kita untuk generasi akan datang.



BONGKAR! MCA & GERAKAN Sokong PR Batal Akta Pencegahan Jenayah?!

Akta pencegahan jenayah yang menimbulkan kontroversi apabila MP Pembangkang rata-ratanya mengatakan bahawa akta ini atau dikenali dengan PCA 1959 akan menutup ruang demokrasi sebagai rakyat Malaysia dan turut dikecam sehinggakan ada yang menggelar sebagai ISA 2.0 hari ini lulus untuk sesi pembentangan kedua.

Proses undian yang dilakukan di parlimen petang tadi mendapat sokongan sebanyak 115 undi berbanding yang menolak sebanyak 66 undi.