Saturday, 21 September 2013

Putrajaya Dapat Ketua Pemuda Baru!

Tom ketika menyerahkan borang pendaftaran petang tadi di Pejabat UMNO PWTC

Mungkin jika nak disamakan dengan kejayaan DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin mengekalkan jawatan tanpa bertanding tidak setaraf dengan kejayaan Tom. Tapi itulah realiti yang BTMW rasakan sekarang selepas kaunter penyerahan borang ditutup petang tadi.

Sejarah terukir hari ini di langit Putrajaya apabila Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim aka Tom telah berjaya dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang pada mulanya dijangka sengit dengan perebutan dijangka berlaku sekurang-kurangnya dua penjuru hari ini berakhir dengan kemenangan selesa. Selepas kaunter ditutup, hanya satu sahaja borang bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan ini cukup untuk membuktikan betapa kuatnya sokongan akar umbi kepada Tom.

Monday, 2 September 2013

[VIDEO] PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan Arah Roboh Kuil?! Isu Sebenar Terjawab!


Kecoh tengahari tadi bila sekumpulan aktivitis membuat demontrasi dihadapan kuil Sri Munewarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee. Tujuan demo ini diadakan kerana membantah tindakan DBKL yang dikatakan akan meroboh kuil yang berusia lebih 101 tahun itu. Antara aktivis yang berdemo termasuklah Fahmi Reza yang video kontroversi beliau ketika demonstrasi pembangkang di Dataran Merdeka tahun lepas. Lihat sini [Video] Anak siapa tidur satu khemah dengan Fahmi Reza ni? Demo #MansuhPTPTN rosakkan mahasiswa..


Kawasan Tapak kuil tersebut adalah kawasan hak milik Hap Seng yang akan dibangunkan untuk projek pembangunan dan mencantikkan semula kawasan tersebut. Mahkamah juga telah mengeluarkan surat arahan meorobohkan kuil tersebut. Tetapi pihak berkuasa DBKL hanya merobohkan tapak restoran yang diubah suai tanpa permit. Sudahlah dibina diatas tapak haram, boleh lagi menjalankan perniagaan haram. Ini secara langsung merencatkan pemandangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada ramai orang.


Sebenarnya, BTMW nak bagitau yang polemik ini didalangi oleh sebuah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka sengaja mengapi-apikan perkara yang tidak masuk akal. Yang berlaku sekarang adalah merobohkan tapak restoran haram yang dibina, dan membina dinding penghadang, pihak berkuasa masih lagi mengekalkan kuil yang sedia ada. Ketua Setiausaha KWP turut memberitahu bahawa DBKL sudah berunding dengan pihak kuil sejak sekian lama, pihak DBKL juga telah bersetuju untuk memindahkan tapak sedia ada kepada tapak baru dan segala kos pembinaan semula kuil akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL.


BTMW tak salahkan aunty yang berdemo tu, tapi kesiankan dia yang dipermainkan emosi nya oleh puak jahanam yang memang suka mencari publisiti murahan. Bila kena gasak dengan Menteri senyap terdiam tak mampu nak jawab. Katanya seorang peguam, tapi peguam yang tak ada otak, cakap dengan Menteri terjerit-jerit macam monyet. Bila ditunjukkan surat Mahkamah katanya telah dibatalkan, bila ditanya siapa yang membatalkan surat Mahkamah? .....?????????