Monday, 7 October 2013

Hasrat Seorang GURU Berkhidmat Untuk Anak Bangsa


Rahimi Abdul Karim mungkin dianggap sebagai muka baru di dalam arena politik tanah air. Namun hakikatnya beliau bukanlah asing di dalam gerakerja politik Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan di peringkat Pemuda UMNO dan BN pusat.

Beliau yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Subang Jaya Utama menawarkan diri untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan Exco Pemuda
UMNO Malaysia berhasrat untuk membawa suara akar umbi ke peringkat nasional dengan motto
“dari akar umbi untuk akar umbi".

Rahimi Abdul Karim, 32, yang kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Cheras merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Eletrik dari Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang bukanlah
baru di dalam era politik tanah air. Beliau yang bergerak secara aktif di akar umbi melalu pergerakan
pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya juga turut melibatkan diri di dalam beberapa program pemuda
UMNO dan BN di peringkat pusat.

Keputusan untuk bertanding di peringkat pusat diambil setelah menerima pandangan dan sokongan
daripada pelbagai pihak terutamanya daripada ‘orang lama’ UMNO dan rakan-rakan Pemuda di
peringkat bahagian dan pusat. Sambutan yang menggalakkan terhadap idea beliau mengenai agenda
pendidikan Melayu dan miskin bandar selain membawa suara akar umbi Pemuda ke pusat
mengukuhkan lagi hasrat beliau untuk menawarkan diri sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia.

Berlatar belakangkan seorang pendidik, beliau melihat perjuangan pembangunan pendidikan anak
bangsa Melayu terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan dan diberikan
lebih perhatian. Terdapat sesetengah anggapan bahawa pelajar melayu yang berada di bandar
mempunyai akses pendidikan yang lebih baik, namun begitu kemiskinan di bandar juga wujud dan
pelajar melayu tidak terkecuali berada dalam kelompok tersebut.

“Sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah yang berada di bandar, saya melihat sendiri ada
pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kemudahan asas seperti pakaian, alat tulis dan
kemudahan pengangkutan untuk ke sekolah. Mereka juga tidak mampu untuk mendapatkan kelas
tambahan seperti pelajar lain malah ada yang terpaksa bekerja sambilan selepas sekolah bagi
membantu keluarga”.

Pendidikan menurut beliau lagi merupakan asas paling penting di dalam pembangunan bangsa
Melayu terutamanya dari segi ekonomi. “Pendidikan sebenarnya merupakan perkara yang paling
asas di dalam pembangunan sosio ekonomi bangsa Melayu. Tanpa ilmu, agenda transformasi
ekonomi Melayu tidak akan dapat dicapai”.

 “Insyaallah dengan berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik dan gerakkerja Pemuda
UMNO sejak di peringkat akar umbi, saya akan membawa agenda perjuangan pendidikan Melayu
dan miskin bandar sebagai salah satu teras di dalam transformasi pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia selain membuka ruang seluas-luasnya kepada akar umbi untuk mendengar denyut nadi
mereka”.

No comments:

Post a Comment