Wednesday, 2 October 2013

Calon No 12: Realiti Sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia atau Fantasi Semata-mata?



Bila sekilas pandang mungkin tak ramai yang mengenali saudara Ahmad Faisal bin Abdul Karim sehingga beliau mengumumkan untuk bertanding sebagai salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kekuatan yang beliau perolehi di peringkat bahagian setelah memenangi kerusi no 1 sayap Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya tanpa sebarang pertandingan membuktikan kekuatan yang beliau ada di peringkat akar umbi. Perjuangan asas menegakkan prinsip dan maruah parti keramat UMNO sentiasa di dokong oleh Tom yang mana menjadi senjata kuat sehingga membawa kejayaan cemerlang beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya. Artikel yang BTMW keluarkan, boleh klik sini Putrajaya Dapat Ketua Pemuda Baru

Putrajaya yang penah mencipta fenomena dalam sejarah Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini apabila 4 orang exco dipilih dalam saf kepimpinan Exco Pemuda UMNO Malaysia iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid, Tun Faisal Ismail Aziz, Hishamuddin Yahya (Yeop) dan Datuk Khairun Aseh hari ini diteruskan oleh Tom.

Jika kita singkap latar belakang Tom bukanlah seorang yang 'berada' atau daripada golongan elit. Beliau dilahirkan di Taiping Perak dan kini bekerja di salah sebuah Syarikat Bumiputera yang berjaya M K Land Holding Berhad. Pada awal pembabitan beliau dalam arena politik adalah ketika UMNO Putrajaya masih lagi menyusu dan selepas 2008, Tom telah dilantik sebagai P/SU Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan berkhidmat sehingga kini.

Hasil titik tolak daripada itu, nama Tom tidak asing lagi dibibir ahli-ahli UMNO baik diperingkat sayap dan bahagian. Bahkan dikalangan warga Putrajaya juga tidak pelik jika BTMW katakan terkenal. Watak beliau yang sangat mudah didekati dan senang dibawa berbincang menjadikan beliau sangat disenangi. Walaupun berbeza pangkat dan umur, tetapi tidak sedikit pun menjadi penghalang kepada beliau untuk mendekati golongan muda di Putrajaya dan bertukar pandangan. 

Dek kerana sikap rendah diri dan 'easy going' nya beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Kelab Belia Komuniti Putrajaya (KBKP) sejak 2010 sehingga sekarang. Kejayaan yang dicapai KBKP dibawah pimpinan Tom telah mengukir sejarahnya yang tersendiri. Banyak aktiviti pembangunan dan komuniti melibatkan anak muda berjaya dijalankan di Putrajaya. Lahir sebuah Bazaar Laman Perdana atas kerjasama Perbadanan Putrajaya yang memberi ruang kepada belia di Putrajaya untuk berjinak dalam bidang usahawan kecil selain pembangunan sukan yang tidak henti-henti dilaksanakan untuk belia di Putrajaya.

Selain itu, Tom turut tersenarai dalam 10 Top Exco yang menjadi topik perbincangan oleh sebuah blog yang dikenali sebagai 1Peluru.com. Boleh lihat di sini Hot Top10 EXCO Pemuda UMNO Malaysia

BTMW yakin jika perwakilan yang akan memilih pada 12hb ini memberi ruang dan peluang kepada Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim atau Tom dilantik sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pastinya ia akan menjadi titik tolak kepada kematangan parti UMNO dalam memacu sebuah negara bangsa yang berjaya. Fundamentals Issues  yang menjadi bekalan Tom untuk menegakkan Alif Ba Ta In Shaa Allah beroleh kejayaan cemerlang.

BTMW merayu kepada semua perwakilan agar memilih calon yang benar-benar mampu membawa suara akar umbi, dalam usaha kita mempertahankan negara tercinta ini daripada anasir jahat dan menjaga harta peninggalan nenek moyang kita untuk generasi akan datang.



No comments:

Post a Comment