Wednesday, 2 October 2013

BONGKAR! MCA & GERAKAN Sokong PR Batal Akta Pencegahan Jenayah?!

Akta pencegahan jenayah yang menimbulkan kontroversi apabila MP Pembangkang rata-ratanya mengatakan bahawa akta ini atau dikenali dengan PCA 1959 akan menutup ruang demokrasi sebagai rakyat Malaysia dan turut dikecam sehinggakan ada yang menggelar sebagai ISA 2.0 hari ini lulus untuk sesi pembentangan kedua.

Proses undian yang dilakukan di parlimen petang tadi mendapat sokongan sebanyak 115 undi berbanding yang menolak sebanyak 66 undi.

Melalui sumber daripada twitter Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan kerajaan menang dengan kiraan undi lebih daripada pembangkang.



Walaupun kerajaan menang dengan kiraan undi majoriti, namum hakikat ini yang tidak dapat diterima oleh sebahagian pemimpin pembangkang. Memetik twitter Ahli Parlimen Beruas Ngeh Khoo Ham, beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ahli parlimen MCA & Gerakan yang dikatakan berpaling tadah. Beliau turut menggambarkan bahawa contoh yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin dari parti ini tidak akan dipercayai oleh rakyat.




P/s : BTMW cuma boleh cakap yang pembangkang masih lagi bermimpi di siang hari. Apa ingat orang bodoh macam kau ke nak ikut cakap kau habis hancur negara!

No comments:

Post a Comment