Monday, 2 September 2013

[VIDEO] PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan Arah Roboh Kuil?! Isu Sebenar Terjawab!


Kecoh tengahari tadi bila sekumpulan aktivitis membuat demontrasi dihadapan kuil Sri Munewarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee. Tujuan demo ini diadakan kerana membantah tindakan DBKL yang dikatakan akan meroboh kuil yang berusia lebih 101 tahun itu. Antara aktivis yang berdemo termasuklah Fahmi Reza yang video kontroversi beliau ketika demonstrasi pembangkang di Dataran Merdeka tahun lepas. Lihat sini [Video] Anak siapa tidur satu khemah dengan Fahmi Reza ni? Demo #MansuhPTPTN rosakkan mahasiswa..


Kawasan Tapak kuil tersebut adalah kawasan hak milik Hap Seng yang akan dibangunkan untuk projek pembangunan dan mencantikkan semula kawasan tersebut. Mahkamah juga telah mengeluarkan surat arahan meorobohkan kuil tersebut. Tetapi pihak berkuasa DBKL hanya merobohkan tapak restoran yang diubah suai tanpa permit. Sudahlah dibina diatas tapak haram, boleh lagi menjalankan perniagaan haram. Ini secara langsung merencatkan pemandangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada ramai orang.


Sebenarnya, BTMW nak bagitau yang polemik ini didalangi oleh sebuah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka sengaja mengapi-apikan perkara yang tidak masuk akal. Yang berlaku sekarang adalah merobohkan tapak restoran haram yang dibina, dan membina dinding penghadang, pihak berkuasa masih lagi mengekalkan kuil yang sedia ada. Ketua Setiausaha KWP turut memberitahu bahawa DBKL sudah berunding dengan pihak kuil sejak sekian lama, pihak DBKL juga telah bersetuju untuk memindahkan tapak sedia ada kepada tapak baru dan segala kos pembinaan semula kuil akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL.


BTMW tak salahkan aunty yang berdemo tu, tapi kesiankan dia yang dipermainkan emosi nya oleh puak jahanam yang memang suka mencari publisiti murahan. Bila kena gasak dengan Menteri senyap terdiam tak mampu nak jawab. Katanya seorang peguam, tapi peguam yang tak ada otak, cakap dengan Menteri terjerit-jerit macam monyet. Bila ditunjukkan surat Mahkamah katanya telah dibatalkan, bila ditanya siapa yang membatalkan surat Mahkamah? .....?????????


"Bukti surat Mahkamah dan maklumat sepanjang perbincangan pihak DBKL dan pihak kuil telah ditunjukkan dan perkara sebenar berkenaan merobohkan tapak kuil tidak pernah timbul. Isu itu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik" kata Kunan. Beliau juga memberitahu bahawa kuil ini digunakan untuk tempat yang salah seperti perlindungan kepada pelbagai aktiviti yang salah seperti kegiatan dadah, samseng dan tapak restoran tersebut juga diambil sewa tapak tanpa pengetahuan DBKL.


Bila dah tak ada modal, nak salahkan pihak berkuasa DBKL dan Polis yang dikatakan bertindak kasar dan tidak berperikemanusian. Meh sini BTMW nak bagitau, kalau tak berperikemanusiaan jangan cakap robohkan tapak restoran haram, dengan kuil dengan aktivis semua dah kena tangkap dan mungkin tak akan nampak hari ini lagi dah.

Timbalan Pengarah DBKL Bahagian Sosio Ekonomi Datuk Hj. Muhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihak tertentu tidak mendapat penjelasan dan tidak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk mendengar penjelasan yang sebenar. Perkara ini sudah kita jelaskan melalui terma-terma yang diputuskan banyak kali oleh kedua-dua pihak. Tetapi masih ada yang tidak faham. BTMW sedih bila segelintir pihak mengambil kesempatan ke atas perkara ini dengan tujuan politik dan mendapatkan publisiti murahan. Jangan cakap soal nak bela rakyat, kalau cuma datang nak tunjuk hebat bercakap tak guna fakta.

Bukti gambar Kuil yang masih lagi tidak dirobohkan. Gambar kecil menunjukkan tapak kuil yang diubah suai sehingga menjadi sebuah restoran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai. 

Dengar penjelasan YB Kunan berkenaan isu yang sebenar. [VIDEO]





No comments:

Post a Comment