Saturday, 21 September 2013

Putrajaya Dapat Ketua Pemuda Baru!

Tom ketika menyerahkan borang pendaftaran petang tadi di Pejabat UMNO PWTC

Mungkin jika nak disamakan dengan kejayaan DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin mengekalkan jawatan tanpa bertanding tidak setaraf dengan kejayaan Tom. Tapi itulah realiti yang BTMW rasakan sekarang selepas kaunter penyerahan borang ditutup petang tadi.

Sejarah terukir hari ini di langit Putrajaya apabila Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim aka Tom telah berjaya dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang pada mulanya dijangka sengit dengan perebutan dijangka berlaku sekurang-kurangnya dua penjuru hari ini berakhir dengan kemenangan selesa. Selepas kaunter ditutup, hanya satu sahaja borang bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan ini cukup untuk membuktikan betapa kuatnya sokongan akar umbi kepada Tom.

Tom nama yang sangat sinonim kalangan ahli UMNO Putrajaya bukan sahaja diperingkat bahagian atau sayap, tetapi sehingga kepada bukan ahli UMNO sendiripun cukup familiar dengan tom. Pada BTMW, kejayaan yang dicapai oleh Tom bukanlah asing, kerana beliau telah membuktikan semenjak daripada tahun 2004 sehingga kini nama beliau cukup dikenali kerana perubahan yang dibawanya dan keikhlasan dalam memperjuangkan parti.

Ramai anak muda di Putrajaya berjaya dibawanya dan mendaftar sebagai ahli Pemuda UMNO Putrajaya. Kesungguhan beliau dalam melaksanakan aktiviti dan tanggungjawab kepada anak bangsa hari ini terbukti dengan sokongan padu dan tidak berbelah bagi daripada ahli-ahli Pemuda Putrajaya.

Kini, harapan akar umbi di Putrajaya mahu mencipta satu lagi fenomena dengan membawa nama Putrajaya untuk diletakkan sekali lagi dalam Jawatankuasa UMNO Malaysia. 

Berpegang kepada pepatah "pantang berundur sebelum bertempur" BTMW yakin Pemuda Putrajaya akan sekali lagi bangkit dan memperjuangkan ideologi kami dengan memberi kepercayaan kepada Tom untuk menerajui suara kami.

BTMW menyeru kepada seluruh tentera pemuda Putrajaya untuk bersama menyatakan sokongan padu kepada Ahmad Faisal Abdul Karim aka Tom!


#Tom4ExcoPPUM
'Pemimpin Kritis, Iventasi Demokrasi Masa Hadapan'



No comments:

Post a Comment