Sunday, 18 August 2013

Kenapa kereta Proton di Australia lebih murah daripada Proton di Malaysia?



GAMBAR ini adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif.
...
Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat.

Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil.

Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petrol tetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol?

Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu, kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal)

Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia.

Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pemvbelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80.

Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2.

Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan.

Jangan bandingkan dolar untuk dolar kerana kita juga perlu membandingkan cukai Australia dan juga lebih tinggi (dijangka akan menjadi lebih tinggi tahun ini) kadar pengangguran dan kepesatan ekonomi mereka. Dalam soal ini, proton juga tentunya mengambil kira faktor-faktor ini bagi memastikan jenama dan produk mereka boleh berkembang di luar negara termasuk Australia.
 

1 comment:

  1. Memang betul cukai mereka mahal. Tapi perlu juga ambil kira berapa gaji rakyat Australia. Cukai mereka tinggi sebab pendapatan mereka pun tinggi. Serupa dengan negara Norway. Tapi di Malaysia cukai tinggi, harga kereta mahal nak mampus tapi gaji kecik. Hutang isi rumah pula semakin meningkat disebabkan hutang rumah dan kereta.

    Cukai eksais yang melampau yang buat harga kereta jadi mahal menggila. Jangan mimpila BN nak turunkan harga kereta. Setakat ni kerajaan tak beritahu apa mekanisme nak turunkan harga kereta sampai 30%. Cakap guna air liur boleh la.

    Terpekik sana sini 'Hidup Melayu' 'Kite kene pertahankan Melayu' tak boleh mengurangkan hutang isi rumah dan kurangkan harga kereta.

    ReplyDelete