Friday, 5 July 2013

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Pada 24 Julai

alt
 

PUTRAJAYA 5 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUM) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, penamaan calon pula akan berlangsung 12 Julai.

Keputusan itu dibuat SPR selepas mengadakan mesyuarat yang dianggotai oleh enam orang panel dan dipengerusikan oleh Abdul Aziz.

Panel tersebut terdiri daripada Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Datuk Mohd Ramli Ali, Datuk Dr. P. Manogram, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin.

PRK Kuala Besut dianggap paling menarik ekoran ianya meupakan PRK pertama yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kerusi DUN Kuala Besut yang digalas oleh Allahyarham Datuk Dr Rahman Mokhtar kini dipertandingkan selepas Speaker DUN Terengganu mengumumkan pengosongan kerusi tersebut.

Rahman meninggal dunia pada 26 Jun lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.

Pada PRU13, Rahman (BN) mengalahkan Napisah Ismail (PAS) dengan majoriti 2,434 undi.

sumber http://www.rakyatnews.my/index.php/2013070569802/politik/pilihan-raya-kecil-kuala-besut-pada-24-julai

No comments:

Post a Comment