Wednesday, 26 June 2013

Kematian ADUN Besut: SPR tidak perlu adakan Pilihanraya kecil?

Dr_A_Rahman_bin_Mokhtar

SEJAK berita mengenai kematian ADUN Kuala Besut, Datuk Dr Abdul Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru tersebar secara meluas pagi tadi, timbul banyak persoalan sama ada satu pilihanraya kecil perlu diadakan atau tidak?

Ini berikutan dakwaan sesetengah pihak mengenai kewujudan Fasal 2, Bahagian 5 yang menyebut “tiada pilihanraya kecil jika kematian ADUN dalam 60 hari selepas pilihanraya umum.”

Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan bahawa, kita membangkitkan persoalan ini bukan soal kerana menghormati kematian Allahyarham, tapi isu ini mendapat publisiti meluas berikutan kedudukan kerusi DUN Terengganu antara BN dan pakatan pembangkang yang hanya berselisih 2 kerusi sahaja.

Menariknya, jika diadakan pilihanraya kecil dan pembangkang menang, maka kedudukan adalah seri dengan setiap parti kerajaan dan pembangkang mempunyai 16 kerusi masing-masing di DUN. Bagaimanapun mengikut undang-undang, jika keadaan ini berlaku, Speaker mempunyai kuasa untuk mengundi dan memilih parti yang mana satu.

Itu sedikit sebanyak penerangan kenapa kita bangkitkan perkara ini sekarang, bukan sebab tidak menghormati pemergian Allahyarham.

Balik pada isu tadi, penulis telah membuat carian dan kajian di Internet tapi tidak menjumpai apa-apa rujukan mengenai artikel yang dimaksudkan dalam undang-undang pilihanraya negara kita. Sebab dalam masa yang sama, Fasal 5 Arikel 19 undang-undang yang sama menyebut ”sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang dipastikan SPR”.

BACA SELANJUTNYA KLIK SINI

AL-FATIHAH..

No comments:

Post a Comment