Monday, 24 June 2013

BN WUJUD MAKMAL POLITIK, SATU LAGI BUKTI TRANSFORMASI

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat ahli Majlis Tertinggi BN telah memutuskan untuk mengadakan makmal politik yang akan diadakan pada bulan Julai akan datang.

Ujarnya, ini adalah berdasarkan apa yang telah berlaku dalam Pilihan Raya Umum (RPU) ke-13 yang lalu dan mengambil kira senario pencapaian BN dan aliran trend pengundian ketika ini. Maka jelas beliau intipati makmal politik ini kelak akan membincangkan perubahan yang perlu dilakukan dalam BN. “Perubahan tersebut mungkin dalam bentuk struktur, branding (penjenamaan), dasar atau ketiga-tiganya sekali.

Ini adalah berdasarkan apa yang telah dapat dilihat semasa PRU-13 yang lalu yang menyaksikan lanskap politik yang telah berubah. “Perubahan ini adalah untuk kejayaan BN pada masa hadapan. Makmal politik ini juga akan disertai oleh tiga wakil daripada setiap parti komponen, wakil NGO, tokoh-tokoh dan juga wakil belia,” ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC hari ini.

Tambah beliau lagi, makmal politik ini akan mengambil kira semua cadangan yang dikemukakan dan ianya akan dipertimbangkan sebaik mungkin untuk diterapkan dalam parti BN. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment